Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Sunda Puteri (Dark Roast/Espresso)

RM 60.00


Keterangan

Ini adalah salah satu kopi terbaik yang pernah kami ada. Buah kopi yang terhasil dari pokok kopi amat terhad kerana ditanam secara nanolot (lot tanah yang sangat kecil) menjadikan kualiti lebih terjaga. Kopi ini berasal dari kawasan Leuweng Tiis, Garut di Jawa Barat dan ditanam tanpa racun serta baja kimia.

Biji kopi ini dipanggang pada tahap gelap (dark roast) oleh pemanggang kopi tempatan yang mempunyai 'Q Grader' dan diolah mengikut spesifikasi kami. 

Sesuai diminum bersama susu segar atau tanpa campuran apa-apa because it's good on its own. Selamat menikmati kopi yang terbaik pernah kami ada!

Profil Kopi

AsalLeuweng Tiis, Garut, Jawa Barat
VarietalTypica
Altitud1200 - 1450 mdpl
ProsesNatural Dry Hulled


Nota Rasa

Chocolate, Vanilla, Milky, Mango

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

1681260590744


Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia