Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Kahayya (Medium Roast/Filter)

RM 60.00


Keterangan

Biji kopi Arabika dari Pergunungan Desa Kahayya Pulau Sulawesi Selatan.

Kahayya diambil dari perkataan Kahwa dalam Bahasa Arab bermaksud kopi kerana pergunungan ini merupakan antara kebun tertua dan meriah dengan pokok kopi di Indonesia.

Masih ada pokok-pokok kopi di Desa Kahayya berusia ratusan tahun yang masih hidup subur mengeluarkan buah kopi. 

Kopi ini juga sering dipanggil kopi hutan kerana pokok-pokok kopi ini ditanam di kawasan hutan dan pergunungan di ketinggian 1200-1800m dari paras laut tanpa baja atau racun kimia.

Biji kopi ini diproses secara 'natural' iaitu dengan mengeringkan buah kopi itu bersama selaput dan kulit menjadikan kopi ini sedikit manis di hujung rasa. Kami memilih untuk memanggang biji kopi ini di tahap 'medium' agar kemanisan kopi dan rasa buah itu dapat dinikmati.

Profil Kopi

Asal
Desa Kahayya, Sulawesi Selatan
VarietalTypica, Lini S
Altitud
1200 - 1800 mdpl
Proses
 Natural

 

Nota Rasa

Limau, Epal Merah, Coklat Susu

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).1700537233004

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia