Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia. Beli Di Sini!
D2442120-F419-4517-843F-B5E43558D7DA.jpeg

BERAS MERAH KAMPUNG

RM 30.00


Beras Merah Kampung ditanam oleh petani desa di kawasan pergunungan di Pulau Jawa tanpa baja kimia atau racun serangga/haiwan perosak. Tanpa pengawet dan tanpa peluntur.

Cara memasak nasi tradisional yang sebenar ialah melalui kaedah mengukus. 

Masukkan beras ke dalam penapis, Buang segala kotoran dan antah kerana beras ini tidak digiling melalui mesin seperti beras yang dijual secara komersial bagi menjaga khasiat supaya tidak rosak. Lalukan air bersih sambil meramas beras bagi mencuci beras. Toskan air. 

Masukkan beras ke dalam periuk dan tuang air mineral. Elak dari masak nasi dengan air paip berklorin. Sukatan beras 1: air 1.5. 

Masak beras sehingga air kering. Tutup api dan aduk nasi dengan sudip kayu menggunakan kaedah "folding" selama 3-5 minit supaya nasi menjadi kembang. Jika nasi tidak kembang tambah air panas sedikit demi sedikit dan aduk lagi.

Sediakan pengukus. Lapik periuk kukus atau loyang yang dimasukkan ke dalam periuk kukus dengan daun pisang. Apabila air mendidih, masukkan nasi ke dalam periuk kukus yang dilapik daun pisang. Tutup permukaan nasi dengan daun pisang. Tutup periuk kukus dan kukus nasi selama 20-30 minit mengunakan api besar, 

Apabila masak masukkan nasi ke dalam bekas besar dan aduk dengan sudip kayu menggunakan kaedah "folding" selama 3-5 minit sehingga nasi menjadi kembang dan bertambah gebu. Elak dari makan nasi panas berasap.

Tujuan nasi dimasak begini ialah supaya kandungan kanji di dalam nasi dapat dikurangkan dan nasi dapat dihadam dengan lebih baik tidak menyebabkan kembung perut berangin dan juga supaya nasi tahan lebih lama. Kaedah ini juga menjadikan nasi yang dimakan lebih mengenyangkan. Dengan melapik nasi dengan daun pisang, nasi juga beraroma wangi.

Beras ini boleh juga dimasak dengan rice cooker tetapi kualiti nasi yang terhasil tidak sama.










A9C39204-0C28-43C8-AF76-F645C186E9AA.jpeg

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia