Cart 0
IMG_3343.jpg

BUAH LERAK ALAMI - Natural Soap Nuts 1KG

RM 60.00

Buah Lerak merupakan pencuci alami digunakan secara tradisional sejak dahulu kala sebagai syampu, sabun mandi dan pencuci pakaian. Buah Lerak ini tiada bahan pengawet diambil dari pokok lerak yang tumbuh di hutan.

BUAH  LERAK PENCUCI ALAMI TANPA BAHAN KIMIA MERBAHAYA @www.karolinawh.one

*Pastikan patch test dibuat terlebih dahulu. Jika ada tindakbalas yang tidak baik, sila hentikan dengan segera penggunaan buah lerak.

Cara  menggunakan buah lerak :

Rebus 15 - 20 biji buah lerak bersama 1 liter air selama 10 -15 minit. 

Boleh juga rebus buah lerak bersama daun pandan atau kulit limau kasturi atau kulit kayu manis dan sebagainya yang boleh memberikan aroma. Juga boleh letak essential oil mengikut citarasa. Air ini adalah PATI buah lerak dan PERLU DICAIRKAN sebelum diguna. 

Tapis dan asingkan buah lerak dari pati. Buah lerak ini TIDAK perlu direbus lagi dan boleh diguna berulangkali kali sehingga tiada lagi buih. Pati buah lerak PERLU disimpan di dalam peti ais untuk elak dari masam kerana ia tidak mempunyai pengawet. 

Apabila ingin guna, ambil pati buah lerak dan dilute dengan air.


1. Sebagai syampu, sabun mandi dan pencuci muka.

PASTIKAN JAUH DARI MATA. JIKA TERMASUK MATA CEPAT-CEPAT BILAS DENGAN AIR BERSIH

Dilute pati buah lerak sebelum guna untuk mencuci muka atau sabun badan.

**Sebagai scrub badan:

Gosok buah lerak yang sudah direndam ke atas loofah sehingga mengeluarkan buih. Scrub ke badan dan bilas seperti biasa.

Campur serbuk kopi terpakai  bersama air buah lerak untuk scrub kulit kepala dan badan. Bilas seperti biasa. Lakukan 1-2x seminggu.

2. Mencuci pakaian 

Untuk mencuci pakaian menggunakan mesin, masukkan 3-7 biji buah lerak yang sudah direbus ke dalam kantung net (kuantiti buah lerak tergantung kepada kuantiti pakaian yang dicuci). Boleh juga tuang sedikit pati buah lerak ke dalam mesin basuh.

Pastikan buah lerak dapat berputar secara bebas dan tidak terperangkap dalam kain yang berukuran besar. Hindari penggunaan deterjen dan softener -  buah lerak adalah softener semulajadi juga. Sisa buah lerak boleh digunapakai beberapa kali sehingga buihnya sudah tiada.

3. Untuk membersihkan peralatan dapur

Air buah lerak merupakan konsentrat saponin teramat baik digunakan untuk membersihkan pinggan mangkuk, peralatan dapur, lantai, cermin, dll.


4. Biopestisida

Untuk membasmi nyamuk, bahan yang digunakan buah lerak dan etanol 90%. Buah lerak ditumbuk hingga menjadi serbuk. Larutkan 10 gram lerak ke dalam 100 mL etanol 90%. Jika ingin membuat 1L maka sukatan untuk serbuk lerak 100 gram. Larutan tersebut dapat digunakan untuk  jentik nyamuk, membasmi nyamuk dewasa, dan bersifat sebagai repelen yang dapat mencegah kehadiran nyamuk.


**Untuk maksimakan penghasilan buih buah lerak, pastikan buah lerak sentiasa lembut. 

**Buah lerak tahan melebihi 6 bulan di tempat kering dan boleh disimpan di dalam peti ais jika inginkan ia tahan lebih lama.