Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia. Beli Di Sini!
EAC1ACCB-62E4-4454-85AF-1ED5E9E7D20B.jpeg

Dark Kakao Blok 80% variety Criollo. Non Alkalized. Non-GMO.

RM 40.00


Kakao Blok Asli Alami tanpa campuran gula putih, susu, pengawet, stabilizer, lecithin dan emulsifier. 

Bahan-bahan hanya kakao mass 80% , gula kabung kristal 20% dan serbuk vanilla alami.

Kakao Blok dari buah kakao variety Criollo yang lebih halus rasanya dan beraroma harum berbanding variety Forestero.

Pokok kakao ditanam secara alami di Jawa Timur tanpa penggunaan pesticides dan baja kimia. Non Alkalized. Non GMO.

Boleh dimakan begitu sahaja juga diguna untuk membuat cookies, kek, minuman bercoklat dan pembuatan coklat.

Cara penggunaan: hiris kakao blok sebelum diguna.

Minuman bercoklat dari kakao blok jauh lebih berkhasiat dari minuman bercoklat dari serbuk kaao kerana ia masih mengekalkan kakao solid/mass berbanding serbuk kakao yang hanya mempunyai 10% kakao solid/mass. 

Minuman bercoklat dari kakao blok ini merupakan cara minum minuman bercoklat sebenar seperti yang dilakukan oleh masyarakat Mayan yang memperkenalkan kakao kepada dunia.

Salah satu cara membuat minuman bercoklat yang enak tanpa perlu campuran susu atau bahan lain ialah menggunakan french press.

Masukkan 20g hirisan kakao blok, tuang air 1/2 cawan air panas ke dalam french press dan pump plunger beberapa kali sehingga hirisan kakao blok cair. Minuman bercoklat akan "foaming" dan mejadi gebu lembut.

Untuk membuat coklat:

Cairkan hirisan kakao blok di dalam double boiler dan masukkan dried fruits/kacang mengikut citarasa, gaul rata dan tuang ke dalam acuan. Biarkan keras.

8683B485-B90A-42DB-8402-18FBFC1056E4.jpeg

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia