Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Aceh Bener Meriah (Dark Roast/Espresso)

RM 60.00


Keterangan

Rata- rata sudah mengetahui bahawa terdapat banyak kopi yang terhasil dari tempat bernama Gayo di Aceh. Ya, kopi ini juga berasal dari Gayo, Aceh dan lebih spesifiknya ialah dari Bener Meriah. Apa yang menarik tentang kopi ini adalah rasanya yang amat sinonim dengan rasa coklat di awal rasa manakala rasa bebuahan di hujung rasa. Dalam bahasa mudah, rasa pahit kopi itu dapat dirasai bersama coklat dan bebuahan yang membuatkan kopi ini begitu istimewa untuk dinikmati.

Biji kopi ini dipanggang pada tahap gelap (dark roast) oleh pemanggang kopi tempatan yang mempunyai 'Q Grader' iaitu individu yang bertauliah dalam industri kopi. Sedikit sebanyak ia membantu kami untuk menyediakan biji kopi yang premium di pasaran.

Sesuai diminum bersama susu segar atau tanpa campuran apa-apa. Pelbagai kaedah bancuhan yang boleh dipelajari di Youtube untuk mendapatkan rasa kopi yang menarik. Selamat mencuba dan mengopi!

Profil Kopi

AsalBener Meriah, Aceh
VarietalTypica,Tim - Tim, Abyssina
Altitud1200 - 1450 mdpl
ProsesWashed


Nota Rasa

Chocolaty, Sweet Bitterness with a hint of Fruity aftertaste

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

1681260590744


Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia