Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Bunisora (Espresso)

RM 60.00


Keterangan

'Rare' dan sukar didapati. Tidak banyak didapati dan dijual namun mendapat permintaan tinggi dari negara-negara Eropah kerana karakter kopi ini sedikir berlainan dari kopi yang ada di Indonesia. Gabungan rasa coklat hitam, kakao diganding bersama rasa bebuahan menjadikan rasa kopi sungguh unik saat ia dihirup. Biji kopi ini dipanggang pada tahap 'dark roast' dan sesuai dijadikan sebagai asas espresso. Sesuai juga diminum bersama susu atau tanpa menambah apa-apa.

Cadangan hidangan: Latte, Cappucino, Kopi O

Kopi ini dinamakan Bunisora sempena dengan nama seorang raja kerajaan Sunda pada abad ke 13 iaitu Prabu Bunisora. Hal ini kerana pokok kopi ini ditanam dan dihasilkan di kawasan Sunda Hejo (Sunda Hijau) yang penuh dengan alam hijau di sekitarnya. 

Profil Kopi

AsalPanawuan, Jawa Barat
VarietalTypica, Lini S, Katimor
Altitud1200 - 1500 mdpl
ProsesWashed


Nota Rasa

'Dark chocolate, cacao with hint of mandarin orange'

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar yang diinginkan (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

Saiz Kisar

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia