Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Gunung Halu (Filter)

RM 60.00


Keterangan

Gunung Halu merupakan pergunungan yang terkenal dengan kehijauan dan suasana yang begitu nyaman.Suhu yang rendah dan ketinggian sehingga 1400 mdpl menjadikan kawasan ini mampu menghasilkan kopi arabika yang berkualti tinggi.

Kopi yang dihasilkan oleh petani dikawal selia oleh Koperasi bagi menjaga kualiti dan kelangsungan pohon-pohon kopi. Setiap biji kopi dipetik secara manual dan seterusnya ke proses pengasingan dimana hanya kopi yang berkualti tinggi sahaja diproses mengikut jenis proses seperti wethull (giling basah), honey process dan sebagainya.

Kami memilih untuk memanggang kopi ini di tahap sederhana (medium) untuk mendapatkan rasa buah-buahan dan 'acidity' yang seimbang. Rasa yang lembut (smooth) dan manis buah amat sesuai diminum secara santai. 

Profil Kopi

AsalGunung Halu, Jawa Barat
VarietalSigararutang & Lini S
Altitud1200 - 1400 mdpl
ProsesWashed

Nota Rasa

Manis buah bersama rasa kopi yang lembut.

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia