Kopi Gunung Kerinci (Espresso)
Keterangan
Gunung Kerinci terletak di Sumatera di mana terdapat banyak gunung berapi sekitarnya menjadikan kawasan di situ sangat subur. Pokok kopi ditanam di paras ketinggian 1500m dari paras laut bersama cuaca yang dingin sekaligus memberi impak buah kopi yang ranum dengan sekata. Setiap biji kopi dipetik secara manual menggunakan tangan dan hanya yang kualiti terbaik sahaja akan diproses seterusnya.
Seperti sebelum ini, kopi dari Sumatera amat sinonim dengan karakter espresso (bold & intense). Kebanyakan kafe ternama dunia menggunakan kopi Sumatera sebagai asas kopi espresso mereka.
Kepada peminat kopi yang lebih suka kepada rasa pekat atau pahit, kopi Gunung Kerinci ini merupakan pilihan yang tepat!
Profil Kopi
Asal | Gunung Tujuh, Kerinci |
Varietal | Sigarar Utang, Andung Sari, Lini S |
Altitud | 1500 mdpl |
Proses | Giling Basah (Wet Hulled) |
Nota Rasa
'Bold, Clean & Intense Flavours'
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar yang diinginkan (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia