Kopi Sereh Wangi (Medium Roast/Filter)
Keterangan
Kami memilih tahap sederhana panggang untuk Kopi Sereh Wangi adalah kerana kopi ini diproses secara Giling Basah (Wet Hulled). Ia bertujuan untuk mendapatkan manis dan rasa buah yang terkandung dalam biji kopi tersebut. Rasa utama kopi ini adalah manis bebuahan jika diseduh menggunakan cara V60. Namun jika dibancuh dengan cara lain seperti French Press, rasanya akan menjadi lebih kepada coklat atau kekacang.
Bagi penggemar kopi yang inginkan rasa kopi 'Specialty', kopi ini sudah tentu pilihan yang terbaik kerana produksi biji kopi ini tidak banyak dan kualiti dapat dijaga dengan baik sekali.
Profil Kopi
Asal | Pangalengan, Jawa Barat |
Varietal | Typika, Lini S,Katimor |
Altitud | 1300 - 1600 mdpl |
Proses | Giling Basah (Wet Hulled) |
Nota Rasa
Coklat, Oren Mandarin, Jambu Batu
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia