Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Sulawesi Latimojong (Medium Roast/Filter)

RM 60.00


Keterangan

Sulawesi sudah diakui sebagai kawasan yang terkenal dengan kualiti kopi yang dihasilkan. Kopi Sulawesi Latimojong ini berasal dari Gunung Latimojong dari ketinggian 1400 - 1600 mdpl. Tanah yang subur, cuaca dan suhu yang optimum di sekitar Gunung Latimojong menjadikan kopi single origin ini dapat menghasilkan biji kopi yang berkualiti tinggi. 

Bagi yang suka kopi yang kurang pekat/pahit, kopi ini amatlah sesuai kerana nota rasa kopi ini adalah Peach, Floral, Citrusy. Untuk mendapatkan rasa yang optimum, disarankan menuras kopi dengan cara V60 Pour Over. Namun, cara bancuhan kopi yang lain juga sesuai seperti menggunakan French Press, tubruk dan sebagainya


Profil Kopi

AsalGunung Latimojong
VarietalTypica, Lini S, Katimor
Altitud1400 - 1600 mdpl
ProsesWashed


Nota Rasa

Peach, Floral, Citrusy

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

Untitled.png


Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia