Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Sumatera Lintong (Espresso)

RM 60.00


Keterangan

Kopi dari Sumatera memang terkenal dengan ketebalan rasa (full body). Ini membuatkan kopi ini sesuai dijadikan sebagai asas espresso dan diminum bersama susu. Namun, bagi sesiapa yang ingin rasa kopi yang padu (strong), boleh diminum begitu sahaja tanpa tambahan susu atau gula.

Kopi ini berasal dari mukim Lintong Ni Huta di Sumatera Utara, Indonesia. Persekitaran subur di kawasan gunung berapi dan cuaca yang dingin menjadikan kawasan ini amat sesuai untuk penanaman kopi yang berkualiti tinggi.

Biji kopi ini dipanggang di tahap dark roast untuk mendapatkan rasa (flavour) yang maksima sekaligus dapat merasai aroma dan rasa kopi yang penuh di setiap hirupan. 

Cadangan hidangan: Latte, Cappucino, Americano (Black Coffee)

Profil Kopi

AsalLintong Nihuta, Sumatera
VarietalSigarautang, Garunggang, Lasuna
Altitud1410 - 1600 mdpl
ProsesWet Hulled (Giling Basah)


Nota Rasa

'Intense coffee, nutty with red apple presence flavour'

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar yang diinginkan (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia