Kopi Sunda Gulali (Medium Roast/Filter)
Keterangan
Kopi ini berasal dari kawasan pergunungan masyarakat Sunda berketinggian dari 1200 mdpl hingga 1500 mdpl di Jawa Barat. Gulali bermaksud gula kapas di dalam bahasa Indonesia. Nama Gulali ini dipilih kerana nota rasa kopi ini mempunyai tahap kemanisan lebih tinggi dari kopi yang lain. Oleh sebab itu, kami memilih untuk mamanggang kopi ini pada tahap sederhana (medium roast) agar rasa manis kopi itu lebih optimum.
Sangat sedap dan sesuai jika diseduh dengan menggunakan brewing method V60 Pour Over kerana estraksi kopi itu lebih sekata dan mengeluarkan rasa kopi ini dengan maksima. Juga sesuai dibancuh dengan French Press atau secara tradisional seperti Tubruk.
Bagi yang ingin merasai kopi yg kurang pahit dan ada rasa manis bak gula perang, karamel, kopi ini sangat sesuai untuk anda.
Profil Kopi
Asal | Bandung Selatan, Jawa Barat |
Varietal | Typica, Lini S, Katimor |
Altitud | 1200 - 1500 mdpl |
Proses | Honey Processed |
Nota Rasa
Gula Perang, Karamel, Coklat
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia