Kopi Toraja Gandangbatu (Dark Roast/Espresso)
Keterangan
Kopi yang berasal dari Tanah Toraja tidak perlu lagi disangkal akan keistimewaan dan keunikannya. Bahkan, kopi ini menjadi rebutan di serata dunia seperti Eropah dan juga Jepun/Korea Selatan. Rasanya yang pekat (bold) tapi dalam masa yang sama memberi rasa bebuahan amat sukar didapati pada kopi jenis yang lain. Bagi penggemar kopi pekat tetapi ingin menikmati rasa bebuahan atau kekacang, kopi Toraja Gandangbatu amat sesuai.
Boleh dibancuh dengan pelbagai cara seperti pour over, french press, atau cara tradisional seperti tubruk. Amat sesuai diminum bersama susu seperti latte atau cappucino. Jika inginkan kelainan, boleh campur bersama kakao.
Profil Kopi
Asal | Gandangbatu Sillanan, Sulawesi |
Varietal | Lini S (Dominan) |
Altitud | 1600 mdpl |
Proses | Full Washed |
Nota Rasa
'Intense coffee, nutty with red apple presence flavour'
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia