Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Waerebo Flores (Dark Roast/Espresso)

RM 60.00


Keterangan

Kopi ini berasal dari perkampungan Wae Rebo, Flores yang terkenal dengan alam yang hijau serta udara yang amat menyegarkan. Ini menjadikan persekitaran pokok kopi yang ditanam mendapat nutrisi yang sebaiknya dan menghasilkan buah kopi berkualiti tinggi. Ditanam tanpa racun dan baja kimia di tanah microlot (lot tanah kecil) dimana penghasilan serta pemprosesan biji kopi diselia dengan begitu baik oleh petani di sana.

Sesuai diminum bersama susu atau tanpa campuran apa-apa. Kaedah menyediakan kopi boleh dipelajari di Youtube seperti V60 Pour Over, French Press atau paling mudah kaedah Tubruk.

Selamat menikmati kopi asli dan alami dari Nusantara!

Profil Kopi

AsalWae Rebo, Flores
VarietalTypica, Bourbon
Altitud1400 - 1600mdpl
ProsesWashed Dry Hulled


Nota Rasa

Hazelnut, White Grape, Roasted Tea

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

1681260590744


Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia