Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia. Beli Di Sini!

Tikar Sejadah Kumbar Tradisional Warna Alami (ukuran purata 148cm x 65cm)

RM 70.00


Tikar Kumbar Halus Lembut dianyam secara manual oleh ibu-ibu warga emas berusia antara 60-90 tahun yang merupakan penduduk desa di Jawa Timur.  Warga emas hebat ini sudah menganyam secara tradisi sejak kecil yang diajar secara turun temurun oleh ibu-ibu mereka. 

Ukuran dan shades warna Tikar Kumbar akan berbeza tergantung kepada ketinggian Rumput Kumbar yang mempunyai ketinggian antara 20-130cm. 

Anyaman juga berbeza tergantung pada kemahiran penganyam. Tikar ABCD akan ada sedikit perbezaan dari tikar EFGH kerana ia merupakan hasil tangan manual “customized and individualized”.

Rumput Kumbar ini hidup selama 6-9 bulan di tanah berpaya dan sawah. Setelah dipotong menggunakan sabit Rumput Kumbar dijemur sehingga betul-betul kering.

Rumput Kumbar yang sudah kering dicuci bersih menggunakan air gunung dan ditumbuk-tumbuk menggunakan alu lesung kayu supaya lebih lembut mudah dianyam. 

Tikar Kumbar merupakan anyaman yang hampir pupus kerana kesulitan dari segi mendapatkan bahan dan juga kemahiran. Sudah teramat jarang anak-anak muda yang ingin meneruskan pembuatan Tikar Kumbar kerana proesnya yang rumit.

UKURAN dan SHADES (WARNA) akan ada sedikit perbezaan.

Cara membuat tikar kumbar warna alami;

Rumput kumbar direndam di dalam lumpur di sawah selama 5 hari lalu dicuci bersih dan dijemur sehingga betul-betul kering. Setelah itu ia dianyam. Rendaman ini menghasilkan warna tikar serta aroma "earthy".



791C4E80-765C-4D20-9F55-0EA1B5B597C4.png

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia