Penghantaran percuma keseluruh Semenanjung Malaysia dengan pembelian RM150 keatas. Beli Di Sini!
Tikar Kumbar Warna Alami (130cm x 210cm).jpg

Tikar Kumbar Besar Warna Alami

RM 80.00


Ukuran purata Tikar Kumbar Warna Alami: 130cm (lebar) x 210cm (panjang)

Tikar Kumbar dianyam secara manual oleh penduduk desa dari Jawa Timur.

Ia merupakan anyaman halus dari rumput Kumbar yang hidup di kawasan sawah.

Rumput kumbar ini hidup selama 6-9 bulan dan setelah dipotong menggunakan sabit diperap di dalam tanah selut selama 3 hari bagi menghasilkan warna natural.

Setelah itu rumput ini dicuci, dikeringkan dan ditumbuk-tumbuk supaya lebih lembut mudah dianyam. 

Tikar Kumbar merupakan anyaman yang hampir pupus kerana kesulitan dari segi mendapatkan bahan dan juga kemahiran.

CARA MENCUCI TIKAR KUMBAR:

  1. Rendam 10-15 minit tikar kumbar di dalam air buah lerak. Bilas dan jemur hingga kering.
  2. Spray dan lap bersih tikar kumbar dengan air buah lerak. 

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia