Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!
Tikar sejadah Warna (59cm x 120cm).jpg

Tikar Sejadah Kumbar (boleh dilipat menjadi beg, mudah dibawa)

RM 60.00


*Pilihan warna Tikar Sejadah Kumbar akan dipilih secara rawak

Tikar Kumbar Halus Lembut dianyam secara manual oleh ibu-ibu warga emas berusia antara 60-90 tahun yang merupakan penduduk desa di Jawa Timur.  Warga emas hebat ini sudah menganyam secara tradisi sejak kecil yang diajar secara turun temurun oleh ibu-ibu mereka. 

Ukuran Tikar Sejadah Kumbar 59cm (lebar) x 120cm (panjang)

Anyaman juga berbeza tergantung pada kemahiran penganyam. Tikar ABCD akan ada sedikit perbezaan dari tikar EFGH kerana ia merupakan hasil tangan manual “customized and individualized”.

Rumput Kumbar ini hidup selama 6-9 bulan di tanah berpaya dan sawah. Setelah dipotong menggunakan sabit Rumput Kumbar dijemur sehingga betul-betul kering.

Rumput Kumbar yang sudah kering dicuci bersih menggunakan air gunung dan ditumbuk-tumbuk menggunakan alu lesung kayu supaya lebih lembut mudah dianyam. 

Tikar Kumbar merupakan anyaman yang hampir pupus kerana kesulitan dari segi mendapatkan bahan dan juga kemahiran. Sudah teramat jarang anak-anak muda yang ingin meneruskan pembuatan Tikar Kumbar kerana proesnya yang rumit.

UKURAN dan SHADES (WARNA) akan ada sedikit perbezaan.

Cara membuat tikar kumbar warna alami;

Rumput kumbar direndam di dalam lumpur di sawah selama 5 hari lalu dicuci bersih dan dijemur sehingga betul-betul kering. Setelah itu ia dianyam. Rendaman ini menghasilkan warna tikar serta aroma "earthy".

CARA MENCUCI TIKAR KUMBAR:

  1. Rendam 10-15 minit tikar kumbar di dalam air buah lerak. Bilas dan jemur hingga kering.
  2. Spray dan lap bersih tikar kumbar dengan air buah lerak. 

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia