Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Buah Lerak @ Sabun Nusantara (Pencuci Alami)

RM 16.00


BUAH LERAK @ SABUN NUSANTARA (TANPA BIJI)

Pencuci alami serbaguna dari pokok lerak. Juga dipanggil buah sabun atau soap nut diambil dari hutan Pulau Jawa Timur.

Buah sabun Nusantara ini sudah dibersihkan dan dibuang biji kerana itu ia lebih lembut dan mengeluarkan buih lebih banyak dari buah lerak kering.

Cara Penyediaan PATI Buah Lerak:

  1. Masukkan 100g buah lerak ke dalam periuk dan rebus bersama 5 cawan air.
  2. Biarkan mendidih, tutup api.
  3. Tapis dan simpan pati buah lerak ke dalam bekas.

Hampas buah lerak masih boleh diguna. Hanya tambah air, ramas-ramas dan tapis.

Hampas boleh diguna berulang kali sehingga sudah tidak lagi mengeluarkan buih.

**Hampas boleh dijadikan baja dan pembasmi serangga alami untuk tanaman.

Tips Tambahan:

  1. Untuk menjadikan pati buah lerak lebih pekat, selepas direbus, tutup api, tutup periuk dan biarkan semalaman.
  2. Untuk penggunaan harian, dilute pati buah lerak dengan air.
  3. Sukatan pati 1: air 2 atau ikut kesesuaian.
  4. Boleh letak essential oil supaya wangi. 

Kegunaan:

  1. Mencuci pinggan mangkuk, pakaian, peralatan rumah, bilik air, mop lantai, peti ais, cermin kaca, pembasmi serangga dan selamat untuk tumbuhan.
  2. Sebagai sabun mandi harian.
  3. Membersihkan sayuran, buahan; ikan dan ayam.
  4. Selamat diguna pada haiwan peliharaan bagi menghilangkan kutu.
  5. Sebagai pencuci muka alami (2-3 kali seminggu). Sapu nipis air buah lerak, elak dari terkena mata. Bilas bersih. Jika terkena mata bilas dengan air banyak kali.
  6. Sebagai syampu alami. Alirkan air buah lerak ke rambut sambil mengurut kulit kepala; ratakan. Bilas bersih. Elak dari terkena mata. Boleh ramas daun/bunga raya bersama air buah lerak sebagai syampu alami. Guna sebagai syampu alami 1-2 kali seminggu. Sebaiknya sapu Minyak Nyior Tanak pada rambut yang telah dicuci dengan syampu buah lerak.
  7. Masukkan air buah lerak ke dalam botol spray untuk lap meja atau halau serangga.
  8. Sembur pada tumbuhan untuk dijadikan sebagai natural pesticide.

Mencuci pakaian menggunakan mesin basuh:

  1. Masukkan 3-5 biji buah lerak (tergantung pada jumlah dan kekotoran pakaian) ke dalam stokin yang tidak diguna dan ikat ketat.
  2. Masukkan ke dalam mesin basuh dan cuci pakaian seperti biasa.
  3. Boleh juga guna pati buah lerak.



Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia