Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Selamat datang ke Karolina WH. Berikut adalah terma & syarat membeli-belah di laman sesawang kami

1. Matawang Transaksi dan Harga
Kesemua harga yang dikenakan menggunakan matawang Ringgit Malaysia.

2. Penghantaran didalam Malaysia
Penghantaran di dalam Malaysia hanya terdapat di kawasan yang mempunyai perkhidmatan penghantaran kurier seperti Pos Laju Malaysia atau J&T Express. Penghantaran tempahan akan di hantar dalam tempoh 1 hari bekerja dari hari berikutnya dari tarikh tempahan diterima. Kebiasaannya tempahan anda akan sampai dalam tempoh 5 hari dari tarikh penghantaran.

Sila hubungi kami di 018-3726787 untuk maklumat terperinci mengenai sebarang penghantaran yang tidak diterima dalam tempoh 7 hari dari tarikh pengesahan tempahan.

Penghantaran Antarabangsa

Sekiranya anda mahu tempahan dihantar ke luar negara, sila e-mail kami di [email protected] atau whatsapp 018-372 6787.

3. Perkhidmatan Pelanggan
Kami di Karolina WH komited dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan dan kualiti produk yang bermutu tinggi. Kami sentiasa memastikan kesemua produk yang disenaraikan di laman sesawang mempunyai stok yang tersedia dan harga yang dinyatakan adalah benar. Kami bungkus dan hantar kesemua tempahan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh pembelian. Sekiranya produk yang dibeli tidak ada dalam stok atau kami tidak dapat memenuhi tempahan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda dalam tempoh 2 hari bekerja untuk mengaturkan pilihan alternatif, kelewatan tempahan atau pemulangan wang pembelian sepenuhnya.