Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Selamat Datang ke portal Karolina WH Produk Nusantara Asli Alami!

Bermula dengan fitness training yang fokusnya ke arah pencegahan dari kecederaan, recovery dan peningkatan sukan maka saya merasakan teramat perlu kepada pemakanan yang baik. Lantaran itu, bermulalah pencarian saya mendapatkan pemakanan yang bukan hanya membantu membekalkan TENAGA BERPANJANGAN tetapi juga ke arah PEMBAIK PULIH OTOT-OTOT SENDI dan TISU LEMBUT

Pencarian bermula dengan saya melihat health stores yang menjual produk organik untuk kesihatan dan fitness. Rata-rata pemakanan yang dihebahkan sebagai pemakanan sihat diusahakan oleh masyarakat barat. 

Namun begitu sesuatu menarik perhatian saya kerana rata-rata juga mereka mempromosikan produk yang dihasilkan dari NUSANTARA.  Antaranya arenga palm sugar (gula kabung) dan coconut sugar (gula kelapa) sebagai pengganti terbaik untuk gula putih. 

Tidak ketinggalan juga minyak kelapa, serbuk kunyit, halia, kacang hijau, beras pulut hitam, beras bukit serta tanaman kopi. Itu membuatkan saya terfikir untuk mendalami lagi produk-produk NUSANTARA. Nusantara bermakna Kepulauan Melayu merangkumi Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan sebahagian Filipina. 

Dengan meketengahkan produk nusantara yang telah digunakan beratus-ratus tahun oleh nenek-moyang kita mudah-mudahan generasi baru akan lebih menghargai NILAI serta KHASIAT yang terkandung di  dalamnya Mudah-mudahan juga generasi baru ini akan menjaga dengan baik produk nusantara agarnya ianya tidak hilang atau pupus begitu sahaja ditelan zaman.

Alhamdullilah saya berpeluang mendapatkan pelbagai produk nusantara yang masih KEKAL menggunakan bahan-bahan baku ASLI tanpa pengawet mahu pun gula putih. Bahkan produk saya promosikan di sini masih menggunakan cara TRADISIONAL seperti yang dilakukan sejak beratus-ratus tahun dahulu. 

Kesemua PRODUK NUSANTARA di bawah jenama KarolinaWH adalah ASLI TRADISIONAL dan PREMIUM diambil TERUS SECARA LANGSUNG dari petani-petani serta pengusaha kecil di pedalaman NUSANTARA menjadikan produk ini SUKAR DIDAPATI dan TERHAD.

Moga anda dapat menikmati pilihan yang terbaik.