Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Garam Mata Air (500g)

RM 23.00


Garam ini terhasil dari mata air yang keluar dari perut bumi di sebuah kawah di Jawa Tengah.

Ia bukan garam bukit atau gunung atau laut kerana desa ini jauh dari laut.

Garam ini tinggi mineral semulajadi dan telah diguna secara tradisi sejak beratus tahun dan ada yang percaya malah beribu tahun lamanya bukan hanya sebagai penyedap dalam masakan tetapi juga sebagai ubat untuk ruam, sakit kulit dan memberikan tenaga.

Mata air garam ini tidak pernah punah atau kering.

Apabila Belanda masuk menjelajah Indonesia pada abad ke 17, penduduk desa di sini berpakat menyembunyikan mata air garam ini untuk elak dari diterokai oleh penjajah.

Cara pengolahan garam mata air:
Air dari kawah disalurkan kepada buluh yang dibelah dan dikeringkan sehingga menjadi kristal. Proses penjemuran memakan masa berminggu-minggu lamanya tergantung pada cuaca.

Garam ini tahan bertahun-tahun lamanya jika disimpan di tempat kering.

RM18/500g

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia