Kopi Katurra Kuning (Medium Roast)
Keterangan
Kopi dari Pulau Flores ini menghasilkan buah yang berwarna kuning apabila masak tidak seperti buah kopi lain yang berwarna merah. Antara kopi yang “rare” kerana hanya terdapat tidak lebih dari 1000 pokok di seluruh Indonesia. Kopi Nusantara ini hidup subur di pergunungan sejuk 1400-1500m dari aras laut dan ditanam secara alami tanpa racun serangga dan baja kimia.
Kopi Katurra Kuning diolah secara proses basah (full washed). Untuk tahap panggang sederhana (Medium Roast) ini, rasa pahit kopi yang tidak begitu menyerlah membuatkan ianya sangat sesuai bagi yang baru ingin mencuba minum kopi.
Oleh itu, kopi Medium Roast tidak sesuai minum bersama susu supaya rasa kopi tidak tenggelam.
Rasa yang 'smooth' dan disulami kemanisan di hujung rasa membuatkan kopi Katurra Kuning ini merupakan salah satu kopi terbaik yang kami pernah rasai.
Profil Kopi
| Asal | Manggarai, Flores |
| Varietal | Kartika |
| Altitud | 1400-1500 mdpl |
| Proses | Full Washed |
Nota Rasa
Medium Roast - 'Smooth, tea-like with sweetness'
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia