Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Toraja Sapan (Dark Roast/Espresso)

RM 60.00


Keterangan

Kopi Toraja Sapan merupakan antara kopi yang paling terkenal bagi peminat kopi seluruh dunia. Banyak jenama kopi terkenal seluruh dunia menjadikan kopi ini sebagai kopi premium mereka. Tambahan pula, kopi ini pernah memenangi di acara Specialty Coffee Association pada tahun 2012 untuk mendapat nilai cupping tertinggi. Jadi, tidak hairanlah jika kopi ini menjadi rebutan dunia.

Kami memilih untuk memanggang biji kopi ini pada tahap 'dark roasted'. Keputusannya, rasa kopi yang pekat amat dominan serta diselangi dengan rasa coklat masam manis. Sesuai diminum bersama susu segar atau tanpa tambahan apa-apa. Kopi ini adalah salah satu 'favourite' dalam senarai kopi terbaik yang pernah kami rasa. Selamat mencuba!

Profil Kopi

Asal
Sapan, Toraja, Sulawesi Selatan
VarietalLini S795 (Dominan)
Altitud
1800 - 2000 mdpl
Proses
Basah (Fully Washed)

 

Nota Rasa

Bittersweet Cacao, Heavy body with syrupy sweetness

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

Untitled.png

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia