Kopi Kalaciri, Sulawesi Selatan (Dark Roast/Espresso)
Kopi Single Origin Arabika dari Kalaciri, Sulawesi Selatan, Indonesia
Kopi ini berasal dari Kalaciri, sebuah kawasan pergunungan di Sulawesi Selatan, Indonesia yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan hasil pertanian yang berkualiti tinggi. Ditanam pada ketinggian 1,300 meter dari paras laut, kopi ini mendapat manfaat daripada suhu yang sejuk dan tanah yang subur — kombinasi ideal untuk penghasilan kopi dengan profil rasa yang kompleks dan berlapis.
Profil Kopi:
Asal Usul: Kalaciri, Sulawesi Selatan, Indonesia
Ketinggian: 1,400 meter dari paras laut
Baka (Variety): Line S
Tahap Panggang (Roast Level): Gelap (Dark)
Kaedah Pemprosesan: Semi-washed (juga dikenali sebagai wet-hulled)
Amalan Pertanian: Tanpa baja kimia atau racun perosak (ditanam secara alami)
Pertanian yang Mesra Alam
Pokok kopi baka Line S ditanam tanpa penggunaan sebarang bahan kimia. Petani tempatan di Kalaciri mengamalkan pertanian organik dan lestari dengan menggunakan baja kompos semula jadi dan kaedah tradisional. Ini menjadikan kopi ini bukan sahaja lebih selamat diminum, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan alam sekitar jangka panjang.
Proses Semi-Washed
Kaedah semi-washed atau giling basah ialah teknik pemprosesan yang banyak digunakan di Indonesia. Ia melibatkan:
Pembuangan kulit luar buah kopi
Penapaian singkat untuk menanggalkan selaput lendir (mucilage)
Pengeringan biji kopi dalam keadaan separa lembap
Proses ini menghasilkan kopi dengan badan yang lebih berat (full body), keasidan yang rendah (low acidity), dan aroma yang kaya (rich aroma) — sangat sesuai bagi mereka yang gemarkan rasa kopi yang padu (strong).
Nota Rasa (Taste Note)
Kopi dari Kalaciri ini menampilkan:
Badan sederhana ke penuh (medium to full body)
Keasidan rendah dan seimbang (light acidity and balance)
Nota rasa rempah tropika, herba, dan coklat gelap
Sedikit sentuhan kayu manis, tembakau, atau kakao gelap yang menjadi ciri khas kopi Indonesia
Aftertaste yang panjang dan memuaskan
Kopi ini sesuai untuk disediakan menggunakan kaedah manual brew seperti V60, French press, atau espresso, di mana anda boleh benar-benar menikmati keunikan rasa semula jadinya.
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia