Penghantaran percuma keseluruh Semenanjung Malaysia dengan pembelian RM150 keatas. Beli Di Sini!

COFFEE BREWING

1. TUBRUK

Bahan-bahan:
1 1/2 sudu besar Serbuk Kopi
250ml Air panas (sebaiknya guna air mineral

Cara-cara:

  1. Masukkan serbuk kopi ke dalam cawan.
  2. Jika air mendidih, tunggu 1 minit baru tuang ke dalam serbuk kopi supaya tidak berlaku “over extraction”. Over extraction: terjadi apabila kopi terlebih larut menyebabkan rasa kopi terlebih pahit dan tidak seimbang.
  3. Ketuk cawan perlahan-perlahan di atas permukaan meja.
  4. Lihat serbuk kopi turun ke bawah – menandakan ini adalah 100% serbuk kopi asli tanpa “fillers”.
  5. Lihat crema atau foam terbentuk – menandakan kopi ini kopi baru dan “fresh”. (crema adalah gas yang dilepaskan oleh biji kopi setelah di-roast.)
  6. Minum tanpa ditapis.

2. COLD BREW

Bahan-bahan:
2 sudu besar Serbuk Kopi
300ml Air panas (sebaiknya guna air mineral
1 unit Mason Jar

Cara-cara:

  1. Masukkan serbuk kopi ke dalam “mason jar.”
  2. Masukkan air suam ke dalam “mason jar”.
  3. Kacau sebati, tutup rapat dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 8-24 jam.
  4. Tapis kopi. Jika terlalu pekat, tambah air.

3. POUR OVER

Bahan-bahan:
1 1/2 sudu besar Serbuk Kopi
250ml Air panas (sebaiknya guna air mineral
1 unit Penapis kopi

Cara-cara:

  1. Masukkan serbuk kopi ke dalam penapis kopi. Biarkan air yang baru mendidih selama 1-2 minit supaya suhu turun sedikit.
  2. Tuang air panas perlahan-lahan secara “spiral”. Tunggu 30 saat supaya proses “blooming” berlaku. Proses “Blooming” berlaku apabila crema keluar di permukaan kopi.
  3. Sambung proses menuang air secara “spiral” dan tunggu sebentar. Ulang dan tuang air sehingga habis. Crema atau foam terbentuk menandakan kopi baru.
  4. Proses “slow dripping” menghasilkan kopi yang enak.

5. FRENCH PRESS

Bahan-bahan:
1 1/2 sudu besar Serbuk Kopi
250ml Air panas (sebaiknya guna air mineral
1 unit French Press

Cara-cara:

  1. Tuang air panas ke dalam French press. Jika air baru mendidih, tunggu selama 1-2 minit supaya suhu turun sedikit
  2. Tunggu 4 minit. Tekan tombol French Press dan tuang kopi ke dalam cawan.
  3. Elak dari membiarkan serbuk kopi di dalam French Press lebih dari 5minit supaya tidak berlaku “over extraction”. Over extraction: terjadi apabila kopi terlebih larut menyebabkan rasa kopi terlebih pahit dan tidak seimbang.

6. MOKA POT

Bahan-bahan:
Serbuk Kopi
Air
Moka pot

Cara-cara:

1. Masukkan serbuk kopi ke dalam Moka pot.
2. Tuang air ke paras yang ditanda di dalam Moka pot.
3. Panaskan Moka Pot di atas dapur.
4. Apabila air mendidih, air kopi akan timbul di bahagian atas Moka Pot.
5. Kopi siap apabila bunyi meggelegak. Tutup api dan tuang kopi ke dalam cawan.