Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia. Beli Di Sini!

RESIPI DARK CHOCOLATE

Bahan-bahan:
100g Kakao Butter
1 cawan Serbuk Kakao
1/2 Cawan Gula Kabung Kristal
2 sudu besar Air
1/2 sudu teh Garam mata air (optional)
1/2 cawan Kacang (ikut citarasa)

Cara-cara:

  1. Campurkan ½ cawan Gula Kabung Kristal, Garam Mata Air dan air ke dalam kuali dan masak sehingga menjadi karamel.
  2. Apabila mendidih, tutup api. Angkat dari dapur dan kacau sebati.
  3. Tambahkan kacang. Ketepikan.
  4. Potong kecil Kakao Butter supaya lebih cepat cair. Cairkan 100g Kakao Butter menggunakan kaedah “double boiler”. Jika tiada periuk “double boiler”, panaskan air di dalam periuk, letak bekas tahan panas di atas periuk tersebut. Pastikan air tidak terkena bekas di atas dan wap air tidak terkena Kakao Butter.
  5. Apabila Kakao Butter cair, tutupkan api. Masukkan Serbuk Kakao, kacau sehingga rata. Angkat dari dapur.
  6. Untuk mengelakkan coklat cair apabila diletak di luar, kaedah “tampering” perlu dibuat.
  7. Kaedah “tampering” – kacau adunan coklat selama 10 minit menggunakan “wire whisk”
  8. Setelah “tampering” coklat selesai, masukkan bahan-bahan karamel sebentar tadi dan kacau sebati.
  9. Tuang coklat dan ratakan di atas “baking paper” yang diletak dia atas “baking tray”.
  10. Sejukkan di dalam peti ais di tempat sejuk beku (freezer) selama 20 minit sehingga coklat keras.
  11. Keluarkan dari “freezer” dan potong coklat. Jika coklat masih cair, kembalikan coklat ke dalam peti ais.