Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia. Beli Di Sini!

RESIPI SEKAYA JEM NUSANTARA

Bahan-bahan:
70-90g Gula Kabung Kristal
4 biji Kuning telur ayam kampung
200ml Santan pekat
Seikat Daun pandan

Cara-cara:

  1. Masukkan Gula Kabung Kristal, santan pekat dan daun pandan di dalam periuk.
  2. Panaskan sebentar di atas api perlahan, apabila mendidih, tutup api dan angkat dari dapur.
  3. Masukkan kuning telur ayam kampung dalam bekas saiz sederhana besar dan kacau sebati menggunakan “wire whisk”.
  4. Tuang separuh dari adunan santan dan Gula Kabung Kristal ke dalam bekas kuning telur. Kacau sebati menggunakan “wire whisk” sehingga rata.
  5. Tuang adunan ini ke dalam periuk yang berisi separuh dari adunan santan tadi.
  6. Masak di atas api perlahan selama 10 minit sehingga adunan pekat. Pastikan adunan sentiasa dikacau menggunakan wire whisk.
  7. Keluarkan daun pandan.
  8. Tuangkan jam sekaya ke dalam bekas. Sekaya akan bertambah pekat apabila sejuk.
  9. Simpan sekaya di dalam peti ais. Sekaya tahan selama seminggu. Sekaya boleh dihidang Bersama roti dan pankek.