Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia. Beli Di Sini!
IMG_5470_2.jpg

Buah Lerak (Pencuci Alami)

RM 35.00


Pengunaan Buah Lerak

Buah Lerak merupakan pencuci alami digunakan secara tradisional sejak dahulu kala sebagai syampu, sabun mandi dan pencuci pakaian. Buah Lerak ini tiada bahan pengawet dan diambil dari pokok lerak yang tumbuh liar di hutan.

BUAH  LERAK PENCUCI ALAMI TANPA BAHAN KIMIA MERBAHAYA @www.karolinawh.one

**ELAK DARI TERKENA MATA. Jika terkena mata, bilas segera dengan air bersih.

*Pastikan patch test dibuat terlebih dahulu. Jika ada tindakbalas yang tidak baik, sila hentikan dengan segera penggunaan buah lerak.

Cara penyediaan BUAH LERAK:
Rebus 1kg buah lerak bersama 2 liter air. Untuk 500g buah lerak airnya 1 liter.

Apabila mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan 3-4 jam supaya buah lerak makin lembut dan air rebusan makin pekat.

Air rebusan yang telah dibiarkan beberapa jam ini berwarna coklat dan pekat. Ia perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum diguna.

Untuk mencuci pakaian di dalam mesin basuh, ada beberapa cara:
1. Masukkan buah lerak yang sudah direbus ke dalam kantung dan masukkan ke dalam mesin basuh. Cuci seperti biasa.
2. Tuang air buah lerak ke dalam mesin basuh seperti sabun cecair biasa.
**Sukatan air dan buah lerak tergantung pada kuantiti dan tahap kotor pakaian.
**Buah lerak boleh diguna beberapa kali sehingga tiada buih lagi.

Sebagai syampu, pencuci muka dan sabun mandi:
Masukkan beberapa biji buah lerak yang direbus ke dalam  botol atau bekas. Campurkan dengan air, goncang-goncang sehingga berbuih dan guna seperti biasa.
HANYA GUNA SEDIKIT sudah mencukupi walaupun tidak berbuih banyak ia masih bekerja sebagai pencuci yang bagus.
**Pastikan TIDAK TERKENA MATA. Jika terkena mata, cepat-cepat bilas dengan air bersih.

Untuk mencuci peralatan rumah, masukkan air buah lerak ke dalam botol spray dan cairkan dengan air. Boleh letak essential oil sebagai pewangi. Spray untuk lap meja, cuci peti ais, perabot dan lain-lain. Ia juga terbaik sebagai pembasmi semut semulajadi.

Boleh guna sebagai pencuci lantai, kereta dan bilik air.

Untuk mencuci pinggan mangkuk, masukkan secawan buah lerak yang sudah direbus ke dalam bekas, tambah air dan letak di tepi sinki supaya mudah diguna. Hanya celup span dan cuci seperti biasa. Walaupun air buah lerak tidak banyak buih, ia mencuci dengan baik dan bermakna tidak perlu banyak air diguna untuk membilas buih.

Untuk mencuci sayur dan buah-buahan, rendam di dalam air buah lerak 5-10 minit dan bilas.

Boleh diguna untuk mencuci ikan keli bagi menghilangkan lendir dan kotoran.

Tips:

Jika air buah lerak tidak akan diguna lebih dari 2 hari, pastikan ia disimpan di dalam peti ais supaya tidak masam.

PASTIKAN BUAH LERAK SENTIASA TERENDAM DI DALAM AIR SUPAYA IA BERTAMBAH LEMBUT DAN BUIH LEBIH BANYAK KELUAR.

AIR BUAH LERAK PERLU SENTIASA DIGANTI BARU SETIAP HARI. TOP UP dan REFILL AIR SETIAP KALI DIGUNA.

Boleh kisar air buah lerak dalam blender untuk lebih banyak buih.

Buah lerak boleh diramas-ramas untuk dapatkan lebih banyak buih - ELAK DARI TERKENA MATA.

Buah lerak boleh diguna banyak kali sehingga tiada lagi keupayaan mencuci. Boleh dikenal melalui warna air buah lerak - makin kurang coklat maka makin kurang mencuci.






Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia