Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Katurra Kuning (Filter)

RM 60.00


Keterangan

Kopi dari Pulau Flores ini menghasilkan buah yang berwarna kuning apabila masak tidak seperti buah kopi lain yang berwarna merah. Antara kopi yang “rare” kerana hanya terdapat tidak lebih dari 1000 pokok di seluruh Indonesia. Kopi Nusantara ini hidup subur di pergunungan sejuk 1400-1500m dari aras laut dan ditanam secara alami tanpa racun serangga dan baja kimia.

Kopi Katurra Kuning diolah secara proses basah (full washed). Kali ini, kami memilih biji kopi ini untuk dipanggang pada tahap 'medium roast' supaya 'flavour' yang 'smooth' dan 'silky' dapat dikekalkan.

Rasa yang 'smooth' dan disulami kemanisan di hujung rasa membuatkan kopi Katurra Kuning ini merupakan salah satu kopi terbaik yang kami pernah rasai.

Profil Kopi

Asal
Manggarai, Flores
Varietal
Kartika
Altitud
1400-1500 mdpl
Proses
Full Washed


Nota Rasa

'Smooth, silky with sweetness'

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

Saiz Kisar

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia