Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Bone-Bone, Sulawesi Selatan (Dark Roast/Espresso)

RM 60.00


Kopi Single Origin Arabika dari Bone-Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia

Kopi ini berasal dari kawasan tinggi Bone-Bone di Sulawesi Selatan, Indonesia — sebuah kawasan yang terkenal dengan alam semula jadi yang masih terpelihara dan komuniti petani yang berdedikasi. Ditanam pada ketinggian 1,300 meter dari paras laut, keadaan iklim yang sejuk dan tanah yang subur membantu menghasilkan biji kopi berkualiti tinggi dengan profil rasa yang kompleks dan unik.

Profil Kopi:

  • Asal Usul: Bone-Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia

  • Ketinggian: 1,300 meter dari paras laut

  • Baka (Variety): Line S

  • Tahap Panggang (Roast Level): Gelap (Dark)

  • Proses: Semi Washed (juga dikenali sebagai wet-hulled atau giling basah)

  • Amalan Pertanian: Ditanam secara semula jadi tanpa baja kimia atau racun perosak

Amalan Pertanian Mesra Alam

Pokok kopi di Bone-Bone ditanam secara alami, tanpa menggunakan sebarang baja kimia atau racun serangga. Petani di kawasan ini mengamalkan teknik pertanian tradisional yang menyokong kesuburan tanah dan kelestarian alam sekitar, menjadikan kopi ini bukan sahaja sedap, tetapi juga bertanggungjawab dari segi ekologi.

Proses Semi-Washed

  1. Buah kopi dibuang kulit luar (depulping)

  2. Fermentasi

  3. Pembersihan selaput lendir (mucilage)

  4. Pengeringan biji kopi dalam keadaan separa basah (masih dalam lapisan parchment)

Proses ini menghasilkan kopi dengan badan (body) yang lebih berat, tahap keasidan (acidity level) yang rendah, dan rasa yang unik

Nota Rasa (Taste Note):

Kopi dari Bone-Bone lazimnya mempunyai:

  • Badan (body) sederhana ke penuh (medium to full)

  • Keasidan rendah

  • Nota rasa herba, coklat gelap, rempah, dan buah kering

  • Aroma asli yang kaya dengan sentuhan kayu manis atau gula kabung


Kopi ini sangat sesuai untuk peminat kopi yang mencari pengalaman rasa yang berbeza dan berasal dari sumber yang telus dan lestari. Ia sesuai disediakan secara espresso, French press, atau menggunakan kaedah manual seperti V60.

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).


1700537233004


Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia