Kopi Kahayya (Dark Roast/Espresso)
Keterangan
Biji kopi Arabika dari Pergunungan Desa Kahayya Pulau Sulawesi Selatan.
Kahayya diambil dari perkataan Kahwa dalam Bahasa Arab bermaksud kopi kerana pergunungan ini merupakan antara kebun tertua dan meriah dengan pokok kopi di Indonesia.
Masih ada pokok-pokok kopi di Desa Kahayya berusia ratusan tahun yang masih hidup subur mengeluarkan buah kopi.
Kopi ini juga sering dipanggil kopi hutan kerana pokok-pokok kopi ini ditanam di kawasan hutan dan pergunungan di ketinggian 1200-1800m dari paras laut tanpa baja atau racun kimia.
Profil Kopi
Asal | Desa Kahayya, Sulawesi Selatan |
Varietal | Typica, Lini S |
Altitud | 1200 - 1800 mdpl |
Proses | Full Washed |
Nota Rasa
Gula Merah, Kayu Manis, Buah Pala
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia