Kopi Pasongken, Sulawesi Selatan (Medium Roast/Filter)
Kopi Single Origin Arabika dari Pasongken, Sulawesi Selatan, Indonesia
Kopi ini berasal dari kawasan tinggi Pasongken, sebuah perkampungan di Sulawesi Selatan, Indonesia, yang dikenali dengan landskap semula jadinya yang subur dan komuniti petani yang mengamalkan pertanian lestari. Ditanam pada ketinggian 1,400 meter dari paras laut, kopi ini mendapat manfaat daripada iklim sejuk dan persekitaran semula jadi yang menjadikan profil rasanya lebih halus dan kompleks.
Profil Kopi:
Asal Usul: Pasongken, Sulawesi Selatan, Indonesia
Ketinggian: 1,400 meter dari paras laut
Baka (Variety): Line S
Kaedah Pemprosesan: Honey Process
Tahap Panggang (Roast Level): Sederhana (Medium)
Amalan Pertanian: Ditanam secara alami tanpa penggunaan baja kimia atau racun perosak
Pertanian Alami dan Lestari
Pokok kopi ditanam menggunakan kaedah semula jadi, tanpa sebarang bahan kimia. Petani di Pasongken mengutamakan kelestarian alam dan kesihatan tanah, dengan menggunakan kompos semula jadi serta teknik tradisional untuk menjaga tanaman. Ini bukan sahaja menjaga alam sekitar, tetapi juga meningkatkan kualiti dan kemurnian rasa dalam setiap cawan kopi.
Kaedah Pemprosesan – Honey Process
Honey process bukan proses ditambah madu pada kopi tetapi ia adalah proses di mana buah kopi dikupas kulit luarnya lalu dikeringkan bersama sebahagian selaput lendir (mucilage) yang masih melekat pada biji. Proses ini memberikan keseimbangan antara keasidan cerah (light acidity) dan kemanisan semula jadi, sambil mengekalkan tekstur yang lembut dan berlapis.
Ciri utama honey process:
Kemanisan semula jadi yang menonjol
Badan ringan ke sederhana (light to medium body)
Keasidan yang seimbang (balance acidity)
Aroma dan rasa lebih bersih (clean taste)
Nota Rasa (Taste Note):
Kopi Pasongken yang diproses secara honey ini biasanya mempersembahkan:
Kemanisan seperti madu atau gula kabung
Nota rasa buah tropika, buah batu (seperti pic atau aprikot)
Sedikit citrus dengan aftertaste yang bersih dan panjang
Badan sederhana (medium body) dengan tekstur yang licin (smooth) dan halus
Kopi ini sangat sesuai untuk penggemar kopi yang menghargai kemanisan semula jadi dan kerumitan rasa dalam secawan kopi. Disarankan disediakan secara pour over (V60), aeropress, atau cold brew untuk benar-benar menyerlahkan keunikan rasa dari Pasongken.
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia