Kopi Toraja Awan (Dark Roast/Espresso)
Keterangan
Kopi Toraja Awan berasal dari kawasan gunung berapi dimana tanahnya sangat subur dan sesuai untuk pokok kopi ditanam. Usah perkenalkan lagi aroma dan rasa kopi Toraja yang amat-amat digemari peminat kopi seluruh dunia. Untuk kopi Toraja Awan ini, ianya diproses secara 'full washed' dan dipanggang oleh pemanggang kopi tempatan (local coffee roaster). Nota rasa untuk kopi ini adalah Kakao dan Majerin/Butter. Sesuai diminum bersama susu atau tanpa tambahan apa-apa seperti Americano/Kopi O.
Profil Kopi
Asal | Awan Rantekarua, Toraja Utara |
Varietal | Lini S795 (Dominan) |
Altitud | 1700 - 1800 mdpl |
Proses | Basah (Fully Washed) |
Nota Rasa
Kakao & Majerin/Butter
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia