Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas untuk seluruh Semenanjung Malaysia Beli Di Sini!

Kopi Toraja Pulu' - Pulu' (Dark Roast/Espresso)

RM 60.00


Keterangan

Kopi Toraja Pulu'-Pulu' merupakan antara kopi yang tertinggi (1800-2100 mdpl) ditanam di Tana Toraja. Ia menjadikan buah kopi ini mengambil masa sedikit lama untuk ranum sekaligus mempunyai ketumpatan yang tinggi. Untuk memetik buah kopi ini memerlukan tenaga kerja dan masa yang banyak, jadi tidak hairanlah jika harganya agak 'premium' dan menjadi rebutan pencinta kopi seluruh dunia.

Berbanding Toraja Sapan yang lebih terkenal dengan rasa coklat dan kekacang, Toraja Pulu'-Pulu' ini mempunyai 'bright acidity' dan lebih berempah. Bagi kami, ini merupakan kopi yang amat sesuai dihirup jika inginkan 'energy booster'. 

Sesuai diminum bersama susu atau tanpa tambahan apa-apa. Selamat menikmati kopi Toraja Pulu'-Pulu'!

Profil Kopi

Asal
Pulu'-Pulu', Toraja Utara
Varietal
Lini S (dominan)
Altitud
1800-2100 mdpl
Proses
Full Washed


Nota Rasa

'Bright acidity with spices lingering aftertaste'

Pilihan

Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):

Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.

Pilihan biji kopi yang dikisar:

Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia