Kopi Toraja Sesean (Dark Roast/Espresso)
Keterangan
Nama kopi Toraja Sesean diambil dari nama tempat iaitu Gunung Sesean di kepulauan Sulawesi. Berhampiran dengan gunung berapi menjadikan tanah di sekitar itu amat subur dan amat sesuai untuk menanam pokok kopi yang berkualiti. Setiap biji kopi yang dikutip adalah hasil titik peluh petani yang dilakukan secara manual di pergunungan setinggi 1700 meter dari paras laut (mdpl). Terkenal dengan rasa 'earthy', coklat serta tembakau, ianya sering dipanggang pada tahap 'dark' untuk dijadikan espresso. Bagi penggemar 'specialty coffee', kopi Toraja Sesean adalah pilihan yang tepat.
Boleh dibancuh dengan pelbagai cara seperti pour over, french press, atau cara tradisional seperti tubruk. Amat sesuai diminum bersama susu seperti latte atau cappucino. Jika inginkan kelainan, boleh campur bersama kakao.
Profil Kopi
Asal | Sesean Suloara', Sulawesi |
Varietal | Lini S (Dominan) |
Altitud | 1700 mdpl |
Proses | Full Washed |
Nota Rasa
Earthy, dark chocolate with hint of tobacco flavour & creamy texture
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar yang diinginkan (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia