Kopi Yellow Bourbon (Medium Roast/Filter)
Keterangan
Yellow Bourbon merupakan jenis (varieti) yang berasal dari Ethiopia kemudian dibawa ke Yemen oleh orang Arab. Kemudian dikatakan benihnya dibawa lari oleh orang Perancis untuk ditanam di Pulau Bourbon pada abad ke 18. Warna asal beri kopi bourbon adalah merah namun telah berlaku mutasi alami menjadikan ianya bertukar kepada warna kuning. Jadi sekarang terdapat dua jenis warna iaitu merah (orange bourbon) dan kuning (yellow bourbon). Rasa yang lembut, sedikit masam dan clean amat sinonim dengan Yellow Bourbon ini.
Kopi ini tidak banyak terdapat di pasaran kerana ladang yang menghasilkan kopi Yellow Bourbon ini sangat kecil berbanding dengan ladang kopi yang lain. LIMITED & RARE.
Untuk mendapatkan rasa sebenar kopi ini, kami sarankan untuk tidak mencampurkan dengan gula atau susu.
Profil Kopi
Asal | Gunung Puntang, Jawa Barat |
Varietal | Yellow Bourbon |
Altitud | 1200 - 1500 mdpl |
Proses | Washed Dry Hulled |
Nota Rasa
Nenas serta masam manis kopi
Pilihan
Pilihan biji kopi (tanpa dikisar):
Hanya biji kopi yang akan diberikan tanpa dikisar.
Pilihan biji kopi yang dikisar:
Sila nyatakan saiz kisar (jika ada) seperti halus, sederhana, atau kasar di ruangan 'remarks' ketika proses checkout. Jika tidak ada, pihak kami akan mengisar biji kopi pada tahap sederhana (medium).
Nota
Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia