Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia. Beli Di Sini!
3ADBD696-0425-40F8-8302-A715715E0954.jpeg

MINYAK NYIOR TANAK

RM 35.00


Minyak Nyior Tanak merupakan minyak kelapa tradisional masyarakat Nusantara diguna sejak beribu tahun lagi. Ia terhasil dengan cara menanak santan segar dari kelapa kampung. Santan ini ditanak menggunakan kayu api sehingga santan menghasilkan minyak dan tahi minyak. 

Untuk menjadikan minyak nyior ini tahan lama, setelah ditanak ia kemudiannya disaring menggunakan batu alami. Ini merupakan rahsia tradisi turun-temurun masyarakat Nusantara menjadikan minyak nyior tanak ini dapat diawet secara alami dan tahan lama sehingga 2 tahun tanpa rosak atau berbau tengik.

Minyak Nyior Tanak ini sesuai untuk menggoreng kerana ia tahan panas dan dapat diulangpakai 3-4 kali.

Minyak Nyior Tanak juga sesuai dibuat kek, biskut/cookies sebagai pengganti mentega.

Sesuai juga disapu kepada rambut dan kulit.

5A3CE299-3E99-4C0D-AD4E-5A26439F207C.jpeg

Nota

Pengiriman percuma untuk pembelian RM150 & keatas ke seluruh Semenanjung Malaysia